BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 6, 2010

kemudahan di air terjun jelawang

Terdapat gerai-gerai makanan di pintu masuk ke air terjun ini seperti gerai minuman dan makanan ringan yang dikendalaikan oleh penduduk tempatan.Ini akan memberi kemudahan kepada pengunjung yang datang berkelah.

Dari segi penginapan,terdapat 12 chalet dengan pelbagai jenis bilik disediakan.Asrama juga disediakan disini serta kemudahan surau serta tempat perkhemahan.

Tuesday, August 4, 2009

Air Terjun Jelawang dan Gunung Stong

Gunung Stong, Air Terjun Jelawang dan kawasan sekitarnya,
Taman Negeri Gunung Stong terletak di Kelantan dan tersenarai sebagai antara lima destinasi ekosistem terbaik di Malaysia. Gunung Stong mempunyai ketinggian 1433 meter dan kaya dengan hidupan flora dan fauna, dan gunung ini terbentuk dari batu kapur yang berusia berjuta-juta tahun lamanya. .Antara yang menjadi tarikan di sini ialah air terjun Jelawang, setinggi tujuh tingkat dan diiktiraf sebagai antara air terjun tertinggi di Malaysia. Haiwan yang ditemui di sini termasuk Gajah Asia, seladang, burung merak Argus, harimau Malaya dan tapir dan landak.

Resort Jelawang berada di kaki Air Terjun Jelawang 666′ a.p.l dan dibawah kelolaan KPK(Kompleks Perkayuan kelantan).Bayaran RM2 dikenakan untuk memasuki r Resort ini menawarkan kemudahan chalet, bilik meeting, surau serta tandas. Pendaki boleh melaporkan diri di sini sebelum memulakan pendakian. Terdapat 2 lagi trek ke Baha’s Camp yang berada di puncak Air Terjun Jelawang di ketinggian 1404′ a.p.l. Satu trek terus ke trek balak dan satu lagi menyusuri kaki air terjun jelawang sebelum masuk ke trek balak.
Pendaki boleh tiba di Baha’s Camp kira-kira 45 minit berjalan. Baha’s Camp diselia oleh sekumpulan anak tempatan memberi perkhidmatan jurupandu arah selain mengawasi kawasan Hutan Jelawang. Tapak khemah di sini cukup luas dan boleh menampung ratusan orang. Beberapa tempat menarik boleh dilawati di sekitar Baha’s Camp seperti Gua Rantai, Air Terjun Kolam Puteri, Telaga Tujuh dan Air Terjun 2 Gunung.

Gua Rantai
Gua ini dinamakan gua rantai kerana dipasang rantai didalamnya bagi memudahkan pengunjung melalui gua ini. Walaupun tidaklah begitu jauh perjalanan dalam gua ini namun tetap memberi satu keseronokkan apabila memasukinya.

Kolam Puteri / Air Terjun Kolam Puteri
Air terjun ini juga agak tinggi dan mempunyai kolam yang besar, dalam dan tenang. Seronok bermain air di sini samaada mengelunsur di air terjun mahupun berenang.

Telaga Tujuh
Tujuh telaga semulajadi ini berada di tengah-tengah sungai di atas air terjun Kolam Puteri. Masuk ke dalam telaga ini menjanjikan satu pengalaman menarik.

Air Terjun 2 Gunung
Dua air terjun dari dua buah gunung iaitu G. Stong dan G. Ayam bercantum menjadi satu sungai.

Friday, July 17, 2009

air terjun kampungku


Nama dia air terjun stong tapi terletak di kampung jelawang,air terjun ni tertinggi di asia tenggara.Lebih kurang 1433meter...

Air Terjun Stong

Friday, June 19, 2009

JelAwaNg villaGe


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....saya eshare,dalam blog ni saya nak citer kat korang pasal kampung halaman saya iaitu kampung jelawang..dan saya nak jati kampung ni..kampung jelawang terletak diantara tiga jajahan di kelantan iaitu kuala krai,jeli dan gua musang...kalau ikut alamat dan poskod..jelawang ni dalam daerah kuala krai la...kampung jelawang ni terletak agak jauh dari bandar,kira-kira 2jam perjalana dari Kota Bharu dan lebih kurang 45 minit dari bandar Kuala Krai...Perjalanan ke Kampung Jelawang pasti membuatkan pengunjung tidak sabar untuk sampai ke sana tatkala terlihat air terjun yang boleh dilihat dari jauh. Air Terjun Stong merupakan salah satu daya tarikan yang menjadikan Kampung Jelawang semakin dikenali dalam Daerah Kuala Krai.Kampung Jelawang tempat menarik untuk sape-sape yang mahu ktenangan dari kesibukan kota.Ok,tentang cara nak pergi ke sini plak...kalau korang dari Kuala Lumpur,korang boleh naik kereta api KTM dari KL Sentral ke stesen kereta api Dabong.Tambangnya RM25 je untuk klas ekonomi.Kalau nak naik flight pun bleh tapi kena turun dekat Kota Bharu Airpot la.Korang bleh naik penerbangan Malaysiaairlines...hehe promote sikit sebab saya kerja dengan MAS.Dari Kota Bharu blehla ambik teksi untuk ke jelawang.